::Portal Kashaf Bina Sdn. Bhd.::

  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color
Image Uitm Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh - Dewan ...
Image Cadangan Membina Dan Menyiapkan Bekalan Air Luar Bandar (BAL...
 
Profil Syarikat PDF Print E-mail

Sejarah & Latarbelakang

Kasyaf Bina Sdn Bhd (KBSB) sebelum ini dikenali dengan nama Kasyaf Bina Enterprise, telah ditubuhkan pada 23hb Julai 2000 dengan modal berbayar berjumlah RM750,000.00. Pada peringkat permulaan, Kasyaf Bina Enterprise bergerak secara aktif sebagai kontraktor binaan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dalam kelas "F".

Selepas kira-kira dua tahun menimba pengalaman dalam bidang pembinaan berskala kecil, selain pertambahan kepada keupayaan kewangan termasuk telah mempunyai beberapa kakitangan profesional, syarikat telah memohon untuk meningkatkan tahap lesen kontraktornya dari kelas F kepada kelas C. Dengan usaha yang gigih dari pihak pengurusan dan kakitangan, syarikat telah berjaya membuktikan hasil kerja yang bermutu, berkualiti, tepat masa dan memenuhi piawaian yang dikehendaki oleh para pelanggan dan rakan niaga syarikat. Strategi yang sistematik dan perancangan yang sempurna dalam bidang pemasaran, pentadbiran serta pengurusan projek telah membolehkan syarikat memperolehi dan seterusnya menyiapkan dengan sempurna sejumlah projek yang bernilai melebihi RM20 juta dari badan kerajaan ataupun swasta dari tahun 2000 hinggalah akhir tahun 2005.

Dengan jumlah projek-projek yang telah diperolehi dan dilaksanakan dari awal beroperasi sehingga sekarang, jelas membuktikan bahawa kualiti dan mutu kerja yang efisyen telah meletakkan kepercayaan para pelanggan kepada KBSB, seterusnya membolehkan syarikat memperolehi projek-projek lain secara berterusan dari masa ke semasa. Pada bulan Ogos 2005, KBSB telah menaikkan taraf lesennya ke kelas A, seterusnya mula bersaing dan melaksanakan projek-projek yang lebih besar.

Selain bidang pembinaan, syarikat juga aktif sebagai pembekal berbagai barangan kepada jabatan-jabatan kerajaan serta sektor swasta memandangkan kami mempunyai reputasi yang amat baik dengan beberapa pengeluar, pengilang, pengimport selain sokongan yang baik dari pihak bank dan sebagainya.

Prospek masa depan syarikat dijangka akan terus berkembang dengan kestabilan kedudukan kewangan selain komitmen yang tinggi dari pengurusan dan kakitangan yang sentiasa bekerja keras bagi mencapai tahap kerja yang bermutu, berkualiti, profesional, tepat masa dan seterusnya menjadi model kontraktor Bumiputera alaf baru.

 

Who's Online

We have 1 guest online